Kalau korang bukak online chat di FACEBOOK , tiba-tiba korang ditegur oleh seseorang yang korang kenali. Amik contoh ERWAN DUWI laa. Aku tegur korang..
ERWAN DUWI tak penah chat dalam english. Tiba-tiba ERWAN DUWI tegur korang dalam BI. Contoh kat atas tu. Korang pon melayan je la.
Akhir sekali dia bagi link. Kononnya ERWAN DUWI la bagi kan. Korang pon dengan bangganya pegi klik. Adoi... abis laaa .. Tu adalah virus.
Setakat ni yang aku tau, apa yang berlaku adalah pengambilalihan FB korang jika kalau korang klik. Aku tak pasti kebenaran tu lagi tapi sekadar mengambil berat terhadap isu ni bagi mengelakkkan rakan rakan pembaca yang punya FB akan terkena so berhati-hati lah.
Jika korang terklik, dinasihatkan tukar password dengan segera. Aku rasa pon mungkin ada betul kot. Kot la abes semua data di Fb tu di curi kan. Sapa tau kan.
Post ni mengingatkan korang untuk lebih berhati-hati. Bukan salah empunya FB tu tau, kesian dia teraniaya.
Semoga maklumat ini berguna untuk korang..
Sekian.
0 comments:
Post a Comment