Assalamulaikum & salam sejahtera..
Mari kita telusuri beberapa ciri baru Windows 8 yang dikatakan akan direlease dalam masa terdekat ni (rasanya dah release kot), sambil itu dibandingkan pula dengan ciri Ubuntu. Mampukah Ubuntu menyaingi Windows 8? jom kita tengok..
Ciri-Ciri Windows 8:
1. Live USB : Ciri ni dikatakan sebagai pembaharuan kepada OS Windows di mana ia boleh dirakamkan (Burn) kat peranti USB dan kemudian tetapan padanya juga boleh dibawa ke mana-mana je. Kalau dilihat dari sisi Ubuntu, ia memang sebuah Live System dan sentiasa boleh dirakamkan pada peranti USB dari mula lagi.
2. Windows Store: Dikatakan menyamai Apple's App Store, korang boleh membeli dan memuat turun aplikasi dari Microsoft dan juga pembangun aplikasi. Ubuntu dah lama memiliki Ubuntu Software Center yang mempunyai ribuan aplikasi serta perisian percuma yang boleh korang pasangkan terus pada komputer, tak lupa juga korang boleh membeli aplikasi, perisian, malah e-buku juga ada untuk dibeli dan dimuat turun!
3. Windows Metro UI: Dicipta sebagai menu yang sederhana dan tersusun dengan baik, memberikan sebuah OS untuk semua peranti. Ubuntu lak dah lama mencipta UI untuk semua peranti, dengan keluaran terbarunya Unity 5.0, Ubuntu semakin kukuh. Cuma penerimaan rakyat Malaysia masih lagi kurang kerana tiada pendedahan dari media.
4. Sekuriti: Windows Defender telah dinaik taraf, di mana interfacenya telah digantikan dengan interface menyerupai Microsoft Security Essentials, dan ini bererti korang tidak lagi memerlukan antivirus tambahan yang mahal dan menyesakkan memori. Ubuntu? Ahhh.. ia tidak perlukan antivirus yaw..
5. Internet Explorer 10: Ramai telah pun menggunakan Windows 8 Developer Preview dan telah merasa menggunakan Internet Explorer 10. Memang ia lebih 'smooth', cantik seperti IE 9, dan ringan pula. Ia dicipta untuk pelayaran internet yang lebih baik. Manakala, Firefox sudah pun memasuki versi 10 dan akan berterusan dinaik taraf. Ubuntu lak boleh menggunakan PPA untuk menjalankan Firefox yang paling baharu setiap hari.
6. Boot Lebih Laju: Sistem fail Protogon telah ditambah pada ciri Windows 8 untuk menjadikannya lebih laju semasa proses boot dan menambahkan produktiviti korang. Ubuntu? Perlukah Mr.E komen lagi? Dari versi yang pertama dikeluarkan, proses boot tidak pernah pun perlahan. Laju dan terus laju. 10 saat memadai untuk korang menunggu komputer dapat digunakan sepenuhnya.
7. Apps Always On: Ciri ini membantu aplikasi untuk dilancarkan lebih cepat tanpa menggunakan sumber yang lebih dari komputer korang. Dalam Ubuntu, tiada istilah perlahan. Semuanya cepat dan kurang penggunaan RAM.
8. Penggunaan RAM Yang Minima: Windows 8 boleh dijalankan dengan kurang dari 300MB RAM. Ubuntu pula masih mengekalkan minima spesifikasi komputer iaitu 256MB RAM untuk menggunakannya.
9. Platform Tunggal: Windows 8 boleh digunakan untuk kesemua peranti seperti desktop, laptop, netbook, tablet, telefon pintar. Ubuntu pula telah lama mempraktikkannya dan cuma menunggu masa untuk diterima pakai pada pelbagai peranti.
Windows 8 sebenarnya bukanlah bercirikan teknologi baharu, sebaliknya cuma mengikut jejak langkah Ubuntu dalam implementasi teknologi. Ini bermakna Windows 8 cuma mempraktikkan kembali teknologi yang telah lama dipelopori oleh Linux (Ubuntu). Pun begitu, mungkin langkah Microsoft ini boleh dipuji kerana tidak mahu lagi duduk ditakuk lama sedangkan sudah bertahun lamanya Ubuntu menguasai teknologi sistem operasi. Cuma, isu Secure Boot itu sedikit mengganggu pengguna Linux yang tegar. Harap ia tidak menjadi kenyataan atau mungkin Microsoft akan dihentam dengan teruk seperti yang terjadi pada rang undang-undang SOPA!
Sekian dan terima kasih sebab dah luangkan masa korang..
Sumber: http://www.omghackers.com
0 comments:
Post a Comment