Hai selamat datang ke Duwi Hollow's Portal.. :)

Pages

Saturday, 14 April 2012

Hati-hati dengan virus FACEBOOK !





Kalau korang bukak online chat di FACEBOOK , tiba-tiba korang ditegur oleh seseorang yang korang kenali. Amik contoh ERWAN DUWI laa. Aku tegur korang..

ERWAN DUWI tak penah chat dalam english. Tiba-tiba ERWAN DUWI tegur korang dalam BI. Contoh kat atas tu. Korang pon melayan je la.





Akhir sekali dia bagi link. Kononnya ERWAN DUWI la bagi kan. Korang pon dengan bangganya pegi klik. Adoi... abis laaa .. Tu adalah virus.

Setakat ni yang aku tau, apa yang berlaku adalah pengambilalihan FB korang jika kalau korang klik. Aku tak pasti kebenaran tu lagi tapi sekadar mengambil berat terhadap isu ni bagi mengelakkkan rakan rakan pembaca yang punya FB akan terkena so berhati-hati lah.

Jika korang terklik, dinasihatkan tukar password dengan segera. Aku rasa pon mungkin ada betul kot. Kot la abes semua data di Fb tu di curi kan. Sapa tau kan.

Post ni mengingatkan korang untuk lebih berhati-hati. Bukan salah empunya FB tu tau, kesian dia teraniaya.

Semoga maklumat ini berguna untuk korang..

Sekian.

Online internet guna modem Sony Ericsson T610?



Sony Ericsson T610 merupakan salah satu handphone berkonsepkan game yang telah lama beredar di Malaysia sebelum berkembangnya handphone gamer di Malaysia. Selain untuk bermain game, tahukah korang bahawa handphone Sony Ericsson T610 jugak dapat digunakan sebagai modem Internet Bluetooth untuk laptop?

Berikut ni Duwi Hollow's akan ceritakan macam mana nak guna handphone Sony Ericsson T610 sebagai modem Bluetooth.


  • Pertama sekali, pastikan handphone korang telah connect dengan komputer. Korang kena menggunakan  browser bluetooth untuk melihat handphone kesayangan korang. Korang jugak kena menggunakan browser untuk mengakses tzones dan internet pada handphone Sony Ericsson T610.


  • Langkah berikutnya adalah korang perlu membuat account Data Comm untuk internet. T-Mobile dapat mengirimkan ini ke handphone korang kalau korang memiliki servis internet unlimited. Seterusnya, buat setting pada handphone Sony Ericsson T610 dengan parameter seperti berikut: Main Menu > Connectivity > Data Comm > Data Accounts > Account > New


  • Untuk membuat account baru, lagi cun kalau korang menggunakan nama sendiri seperti "T-MobileInternet". Kemudian kat ruangan Access Point Name masukkan "internet2.voicestream.com". Kat ruangan Username dan Password  just isi ikot sesuka hati korang ataupun biarkan je kosong.


  • Kemudian korang perlu men-setupkan jaringan Prefs kat laptop korang. Buat setting kat laptop korang dengan parameter macam ni: Sistem Prefs > Network > USB Modem Bluetooth Adaptor. Kat ruangan TCP / IP > Configure, korang pilih "Using PPP". Kat ruangan Service Provider, Name dan Password korang  boleh dimasukkan sesuai dengan keinginan dan provider yang korang gunakan.


  • Langkah selanjutnya adalah check setting kat handphone Sony Ericsson T610 korang dengan parameter setting seperti berikut : Main Menu > Connectivity > Data Comm > Data Accounts. Pilihlah account yang korang nak untuk internet Bluetooth misalnya 'T-MobileInternet'.


  • Pastu kalau dah selesai matikan semua network dan restart kembali handphone korang. Setelah handphone dihidupkan maka sambungkan handphone Sony Ericsson T610 kat komputer dengan menggunakan Bluetooth dan lihatlah menu bar Internet Connect. Kini korang dah dapat menggunakan handphone Sony Ericsson T610 sebagai modem untuk sambungan internet kat mana2 je.

Selamat mencuba dan beramal..hehehe


Cara Install Window XP/Vista/7 Melalui Pendrive

Assalamualaikum.. :)

Ok kali ni aku nak berkongsi sikit bagaimana cara untuk format Desktop/Laptop/Netbook menggunakan pendrive. Apa kelebihan format melalui pendrive ni?
    1. Install Windows lebih cepat berbanding menggunakan CD/DVD 
    2. Menyelesaikan masalah untuk desktop/laptop/netbook yang takde CD/DVD ROM
        Sebenarnya memang best format PC korang melalui cara ni kerana menjimatkan masa. Ok, sebelum memulakan sesi tunjuk ajar ni korang perlulah mendownload software Novicorp Win To Flash.

        DOWNLOAD

        Selepas download software tu korang extract dalam 1 new folder then bukak software tu. Apabila dah bukak nanti dia akan keluar macam ni..



        Macam biasa, korang accept je tak payah nak pening-pening nak membacanya. Lepas tu ikut step di bawah pulak..




        Pergi kat Tab Advanced Mode pastu kat bawah tu ada banyak pilihan. Untuk yang kotak merah tu ialah untuk Window XP, kotak biru pulak untuk Window Vista & 7. Yang kotak ungu pulak untuk Window Vista & 7. Tapi better amik yang kotak biru tu untuk format pc ke Window Vista & 7.

        PERINGATAN: Sebelum tu, korang perlulah format pendrive korang terlebih dahulu sebelum membuka Novicorp ni. Kalau tak nanti masa process burn Windows ke Pendrive akan keluar mende alah ni..




        OK step seterusnya di bawah..



        Untuk seterusnya kita usik kat Basic Parameters sahaja. Tab-tab lain tak perlu usik ok. Pastikan korang dah masukkan CD/DVD Window XP or Vista & 7 kat dalam PC korang pastu gambar di atas yang Windows source path tu tekan select pastu cari kat mana path CD Windows korang. USB Drive pulak cari juga kat mana path Pendrive korang.




        Sama juga untuk format Window Vista & 7. Ok gambar seterusnya aku pakai Window 7. (Jangan risau lepas ni sume step sama je).

        Apabila da setkan sume tekan Run. nanti akan keluar macam gambar di bawah ni.




        Cuma pilih I Accepted the terms of the license agreement je. Pastu tekan Continue.




        Sebelum tekan OK. Pastikan korang da backup sume data-data korang dalam pendrive tu. Pastu barulah tekan OK.

        Gambar di bawah adalah process transferring Windows ke Pendrive.



        Done!!! Pastu korang guna lah macam biasa. Masukkan Pendrive tu pastu boot dengan cara biasa iaitu cara-cara korang format sebelum ni.

        Selamat mencuba. Bye.. :)

        Ciri Windows 8 vs Ciri Ubuntu





        Assalamulaikum & salam sejahtera..

        Mari kita telusuri beberapa ciri baru Windows 8 yang dikatakan akan direlease dalam masa terdekat ni (rasanya dah release kot), sambil itu dibandingkan pula dengan ciri Ubuntu. Mampukah Ubuntu menyaingi Windows 8? jom kita tengok..


        Ciri-Ciri Windows 8:

        1. Live USB : Ciri ni dikatakan sebagai pembaharuan kepada OS Windows di mana ia boleh dirakamkan (Burn) kat peranti USB dan kemudian tetapan padanya juga boleh dibawa ke mana-mana je. Kalau dilihat dari sisi Ubuntu, ia memang sebuah Live System dan sentiasa boleh dirakamkan pada peranti USB dari mula lagi.

        2. Windows Store: Dikatakan menyamai Apple's App Store, korang boleh membeli dan memuat turun aplikasi dari Microsoft dan juga pembangun aplikasi. Ubuntu dah lama memiliki Ubuntu Software Center yang mempunyai ribuan aplikasi serta perisian percuma yang boleh korang pasangkan terus pada komputer, tak lupa juga korang boleh membeli aplikasi, perisian, malah e-buku juga ada untuk dibeli dan dimuat turun!

        3. Windows Metro UI: Dicipta sebagai menu yang sederhana dan tersusun dengan baik, memberikan sebuah OS untuk semua peranti. Ubuntu lak dah lama mencipta UI untuk semua peranti, dengan keluaran terbarunya Unity 5.0, Ubuntu semakin kukuh. Cuma penerimaan rakyat Malaysia masih lagi kurang kerana tiada pendedahan dari media.

        4. Sekuriti: Windows Defender telah dinaik taraf, di mana interfacenya telah digantikan dengan interface menyerupai Microsoft Security Essentials, dan ini bererti korang tidak lagi memerlukan antivirus tambahan yang mahal dan menyesakkan memori. Ubuntu? Ahhh.. ia tidak perlukan antivirus yaw..

        5. Internet Explorer 10: Ramai telah pun menggunakan Windows 8 Developer Preview dan telah merasa menggunakan Internet Explorer 10. Memang ia lebih 'smooth', cantik seperti IE 9, dan ringan pula. Ia dicipta untuk pelayaran internet yang lebih baik. Manakala, Firefox sudah pun memasuki versi 10 dan akan berterusan dinaik taraf. Ubuntu lak boleh menggunakan PPA untuk menjalankan Firefox yang paling baharu setiap hari.

        6. Boot Lebih Laju: Sistem fail Protogon telah ditambah pada ciri Windows 8 untuk menjadikannya lebih laju semasa proses boot dan menambahkan produktiviti korang. Ubuntu? Perlukah Mr.E komen lagi? Dari versi yang pertama dikeluarkan, proses boot tidak pernah pun perlahan. Laju dan terus laju. 10 saat memadai untuk korang menunggu komputer dapat digunakan sepenuhnya.

        7. Apps Always On: Ciri ini membantu aplikasi untuk dilancarkan lebih cepat tanpa menggunakan sumber yang lebih dari komputer korang. Dalam Ubuntu, tiada istilah perlahan. Semuanya cepat dan kurang penggunaan RAM.

        8. Penggunaan RAM Yang Minima: Windows 8 boleh dijalankan dengan kurang dari 300MB RAM. Ubuntu pula masih mengekalkan minima spesifikasi komputer iaitu 256MB RAM untuk menggunakannya.

        9. Platform Tunggal: Windows 8 boleh digunakan untuk kesemua peranti seperti desktop, laptop, netbook, tablet, telefon pintar. Ubuntu pula telah lama mempraktikkannya dan cuma menunggu masa untuk diterima pakai pada pelbagai peranti.




        Kesimpulan:

        Windows 8 sebenarnya bukanlah bercirikan teknologi baharu, sebaliknya cuma mengikut jejak langkah Ubuntu dalam implementasi teknologi. Ini bermakna Windows 8 cuma mempraktikkan kembali teknologi yang telah lama dipelopori oleh Linux (Ubuntu). Pun begitu, mungkin langkah Microsoft ini boleh dipuji kerana tidak mahu lagi duduk ditakuk lama sedangkan sudah bertahun lamanya Ubuntu menguasai teknologi sistem operasi. Cuma, isu Secure Boot itu sedikit mengganggu pengguna Linux yang tegar. Harap ia tidak menjadi kenyataan atau mungkin Microsoft akan dihentam dengan teruk seperti yang terjadi pada rang undang-undang SOPA!

        Sekian dan terima kasih sebab dah luangkan masa korang..

        Friday, 13 April 2012

        Ingin memotong lagu MP3 kesukaan anda?

        Ingin memotong dan edit lagu-lagu mp3 kesukaan anda? Sebagai contoh, kononnya anda meminati lagu mp3 M. Daud Kilau - Gila Judi dan terbuka hati nak buat ringtone kat handphone. So mesti anda kena potong sikit lagu tu at least jadi 20 hingga 30 saat kan baru syok.

        Tak payah susah2 nak fikir, sebab sekarang aku nak bagi cara mudah dengan menggunakan software MP3 Cutter 1.1.




        Cara nak guna mp3 Cutter 1.1:

        1. Klik Open dan cari lagu  M. Daud Kilau - Gila Judi kesukaan anda, kalau dah jumpa maka mp3 Cutter akan memainkan lagu tu secara automatik (jangan buat terkejut beruk lak k..hehehe)

        2. Biarkan lagu itu berputar, dan cari bahagian mana yang anda inginkan lagu itu bermula. Kalau dah dapat klik Set Strat (tombol ni berfungsi untuk menentukan permulaan lagu yang anda inginkan).

        3. Biarkan lagu M. Daud Kilau - Gila Judi tadi terus berputar sampai kira-kira bahagian yang anda inginkan habis kemudian klik Set End (tombol ini lak berfungsi untuk menentukan akhir dari lagu yang kita inginkan)

        4. Untuk mendengarkan preview potongan anda klik tombol Play Section.

        5. Jika belum dapat potongan lagu M. Daud Kilau - Gila Judi yang sebagai ringtone, jangan bersedih. Ulangi langkah 1,2,3,4 lagi dengan menekan New Section sehingga anda berpuas hati.

        6. Langkah terakhir klik Save untuk menyimpan potongan lagu tersebut.

        ok sekian dari aku, semoga bermanfaat hendaknya :)



        Features MP3 Cutter 1.1:

        * memotong klip lagu dari MP3.
        * Menyimpan file untuk dijadikan ringtone.
        * Menyimpan file sebagai suara latar ketika sistem operasi Windows anda start (setelah dikompilasi ke bentuk wav).
        * mainkan klip lagu pilihan anda menggunakan MP3 player.


        Sistem Operasi: Windows
        Ukuran file: 2 MB


        Download software disini:

        http://www.aivsoft.com/downloads/mp3cutter/mp3cutterSetup.exe

        Boleh pun rupanya...

        Assalamualaikum.. helo..

        Alhamdulillah akhirnya wujud blog aku, FUHHH!! Berbanding dgn kawan2 aku yg lain, aku la yang paling slow nak buat blog. Biasa la first timer kan, mau mengambil masa sepurnama 15 hari 5 jam setengah lamanya untuk aku memahami satu persatu apa tu gadjet, layout, html dan pelbagai lagi.

        Blog ni diwujudkan dan diilhamkan secara langsung atau tidak adalah untuk memenuhi piawaian tugasan kursus Sistem Maklumat Dalam Organisasi (STID1013).


        Disamping bukan sebab tu ja, blog ni jugak nak bagi maklumat sikit la tentang software2, tips IT, tricks dan macam2 lagi info berguna.

        So, harap2 info dan setiap entri yg aku masukkan berbaloi untuk korang tengok dan  hayati walaupun mungkin taklah seberapa. Apa2 pun terima kasih saudara/saudari sebab dah lawat blog hampeh aku ni :)